Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pembukaan Jalan Lahad Datu Bypass Bantu Atasi Kesesakan

By 1 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Adelaidah Arshad/Mohd Shakir Md Salleh (Sabah)

LAHAD DATU, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Pengguna jalan raya yang akan melalui laluan jalan Sandakan ke Tawau akan menikmati akses yang lebih baik dan menjimatkan masa dengan pembukaan Jalan Lahad Datu Bypass.

Menurut Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury, pembukaan jalan ini diyakini dapat mengurangkan kesesakan teruk di sekitar Jalan Assam dan Jalan Sepagaya khususnya pada waktu puncak.

“Skop projek ini melibatkan struktur laluan bertingkat di dua simpang utama iaitu Persimpangan 1 KM9.4 Jalan Lahad Datu-Tawau dan persimpangan 2 di KM6.8 Jalan Lahad Datu – Sandakan serta dua kemudahan pusingan U di KM3.20 Jalan Lahad Datu Bypass.

“Dengan adanya laluan pintas ini, pengguna jalan raya daripada Sandakan ke Tawau atau sebaliknya boleh menjimatkan tempoh perjalanan daripada 13km sebelum ini kepada 6.8km perjalanan tanpa perlu melalui kawasan bandar Lahad Datu,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Pembukaan Laluan Lahad Datu Bypass, di sini pada Isnin.

Tambahnya, rakyat Sabah juga akan menikmati 19 lagi pakej Pan Borneo pada awal tahun hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Pelabuhan Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menyatakan rasa gembira dan penghargaan beliau terhadap pihak kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda