
Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Produk batik hasil kreativiti pelatih Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kemasik, kini menjadi perhatian orang ramai untuk dijadikan cenderahati dan kenang-kenangan.
Menurut penyelia PPDK Kemasik Faradilla Yusof, 41, kesemua produk ini mendapat sentuhan daripada pelatih orang kurang upaya (OKU) melalui ideal dan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan seni batik ini.
Roslina Awang, 41 tahun, petugas PPDK Kemasik memaklumkan aktiviti seni ini merupakan salah satu cara pelatih menghilangkan tekanan serta mengembangkan bakat kemahiran mereka.
“Di samping menjana sumber pendapatan, hasil batik ini dijual kepada orang ramai dengan menawarkan harga antara RM13 hingga RM15 seunit.
“Pihak PPDK mengharapkan masyarakat agar dapat membantu serta memberi sokongan dan mengangkat martabat produk hasil seni OKU ke pasaran tempatan,” katanya.
-ZS-