Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tengku Permaisuri Selangor Mencemar Duli Rasmi Program Hari Klang Tanpa Kenderaan

By 16 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim (Klang)

KLANG, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke program Hari Klang Tanpa Kenderaan  sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara di Padang Sultan Suleiman, di sini semalam.

Turut hadir Orang Besar Daerah Klang Datuk Setia Diraja Mohammed Khusrin Munawi, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan.

Noraini ketika ditemui, berkata Hari Klang Tanpa Kenderaan merupakan inisiatif MPK ke arah mempromosikan gaya hidup sihat.

“Manakala ‘Pinky Fun Run’ pula diadakan bersempena bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober setiap tahun,” katanya.

Menurutnya, program tersebut membawa kelainan tentang pentingnya pemeriksaan awal kanser payudara yang boleh dilakukan di rumah.

“Pengesanan awal kanser payudara mampu mengubah ramalan (prognosis) penyakit tersebut ke arah yang lebih bagus,” jelas beliau.

Selain ‘Pinky Fun Run’ turut diadakan pelbagai aktiviti lain seperti zumba, cabutan bertuah, pameran kesihatan, pameran kanser payudara dan pemeriksaan klinikal payudara.

Penganjur utama program adalah Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bukit Kuda dengan kerjasama MPK serta jabatan agensi kerajaan dan swasta di daerah Klang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda