Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Rakyat Sambut Baik Belanjawan 2024

By 16 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini

ALOR GAJAH, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Hebahan Info on Wheels (IoW) Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah berkaitan belanjawan 2024 yang dibentangkan Jumaat lepas mendapat reaksi positif dalam kalangan rakyat.

Menurut penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Effyan, 35, belanjawan kali ini mengajar kita berjimat cermat dalam perbelanjaan kerana ekonomi tidak menentu sekarang.

“Malah insentif yang diberi kepada penjawat awam sedikit banyak juga membantu kami dalam keadaan ekonomi yg tidak menentu saat ini.

“Selain itu, inisiatif Payung Rahmah yang berterusan menawarkan harga barang keperluan asas 30 peratus lebih rendah serta kenaikan kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah juga membantu ekonomi keluarga memandangkan saya seorang sahaja yang berkerja dalam keluarga,” ujarnya ketika ditemui semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda