Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tiada Bangsa Johor Patut Hidup dalam Kedaifan

By 9 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat

KLUANG, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua Ketua Kampung di negeri ini agar lebih prihatin dan memastikan maklumat penduduk setempat serta setiap Bangsa Johor yang daif sampai ke pengetahuan pentadiran negeri supaya dapat dibantu.

“Di Johor kita bekerja sebagai pasukan kerana kita Bangsa Johor. Kita perlu bersama-sama membantu rakyat sama ada melalui peruntukan kerajaan negeri mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kita akan cari dana untuk bantu ringankan beban rakyat Johor.

“Ada rumah bangsa johor yang daif di kawasan saya sendiri. Saya tidak mahu ini berlaku di Johor dan kita mahu sasaran Johor sebagai negeri maju pada 2030 tercapai, maka kita kena pastikan tiada rakyat kita yang duduk serba daif,” ujarnya.

Onn berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dalam Majlis Penyampaian Sumbangan dan Peruntukan kepada Ketua-ketua kampung Daerah Kluang di Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini semalam.

Beliau juga mengakui bahawa rakyat pada masa kini terkena tempias disebabkan oleh inflasi, kenaikan harga beras dan keperluan asas.

Menteri Besar Johor turut menyampaikan peruntukan kepada Persatuan Ketua Kampung Daerah Kluang, menyampaikan sumbangan kepada Penjaja Bazar Ramadan Parlimen Simpang Renggam dan mangsa banjir kilat di kawasan Renggam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda