Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Warga Emas Ditemukan Meninggal Dunia Tepi Longkang

By 4 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Facebook Asal Gombak

GOMBAK, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di tepi longkang, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan berkenaan pukul 4.31 petang.

“Siasatan awal mendapati si mati merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 63 tahun dan tiada sebarang kesan kecederaan.

“Anak kandung si mati mengesahkan ayahnya mempunyai masalah mental,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Heirme Che Mat di talian 014-2389151 (ketua polis Balai Gombak) atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi tujuh saat memaparkan penemuan mayat di tepi longkang berhampiran Kawasan Perusahaan Sesama Sri Gombak bersebelahan lampu isyarat Sri Gombak ke Greenwood.

-ZS-

Tinggalkan komen anda