
Laporan/foto: Lim Poh Choo/Chua Shim Choon (Sarawak)
KUCHING, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) ke-6 2023 yang telah dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam akan meletakkan Sarawak sebagai hab teknologi yang boleh dipercayai di peringkat serantau.
Menurut Abang Johari, selaku tuan rumah WCIT/IDECS 2023 ia akan memperkukuhkan komitmen untuk memajukan wawasan Sarawak menjadi kuasa besar ekonomi digital di Malaysia dan wilayah ini.
Kedua-dua acara tersebut telah diadakan secara serentak pada 4 hingga 6 Oktober 2023 bertujuan untuk menjadi platform perbincangan dan berkongsi ilmu serta mewujudkan laluan dalam memacu inovasi, teknologi dan komuniti perniagaan berpaksikan kemampanan, terutamanya dalam menghadapi perkembangan pesat abad ke-21.
-ZS-