Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

WCIT/IDECS 2023 Letakkan Sarawak Sebagai Hab Teknologi Serantau

By 5 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) ke-6 2023 yang telah dirasmikan  oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam akan meletakkan Sarawak sebagai hab teknologi yang boleh dipercayai di peringkat serantau.

Menurut Abang Johari, selaku tuan rumah WCIT/IDECS 2023 ia akan memperkukuhkan komitmen untuk memajukan wawasan Sarawak menjadi kuasa besar ekonomi digital di Malaysia dan wilayah ini.

Kedua-dua acara tersebut telah diadakan secara serentak pada 4 hingga 6 Oktober 2023 bertujuan untuk menjadi platform perbincangan dan berkongsi ilmu serta mewujudkan laluan dalam memacu inovasi, teknologi dan komuniti perniagaan berpaksikan kemampanan, terutamanya dalam menghadapi perkembangan pesat abad ke-21.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda