Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

‘X-to-Reef’ Projek Tukun Berkepakaran Jepun

By 18 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Adawiyah Othman/Syahril Bernama (Marang)

MARANG, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Tukun Tiruan berkepakaran Jepun ‘X-to-Reef’ telah dilabuhkan di perairan Pulau Kapas, di sini semalam bertujuan dijadikan perumah kepada hidupan marin di lautan terutamanya udang karang, sotong dan rumpai laut.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM2.1 juta ini merupakan hasil kerjasama antara DOF-SC Tubular Solutions Malaysia Sdn. Bhd. dengan Petronas Malaysia yang menekankan gabungan rekabentuk oleh Nippon Steel-Kobelco (NSK) dari Jepun yang ditambah baik oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Sebanyak enam daripada 10 tukun tiruan diturunkan di perairan Pulau Kapas bagi memastikan hidupan marin terpelihara dan meningkat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Dr Azman Ibrahim.

Tambah beliau lagi projek ini merupakan pengubahsuaian paip besi dasar laut milik Petronas yang akan dilupuskan tetapi diguna semula sebagai perumah hidupan marin.

Projek berkonsepkan ‘circular-economy’ (ekonomi pusingan) ini diyakini dapat mengenalpasti potensi penyerapan karbon oleh organisma laut selain memelihara dan memulihara hidupan marin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda