
Laporan/foto: Hafizah Rahim (Marang)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)
MARANG, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Pelajar Tingkatan empat dan tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai telah memilih Ketua Pelajar bagi sesi 2023-2024 dalam Simulasi Pilihan Raya yang diadakan Dewan Terbuka Stunt, di sini semalam.
Simulasi ini termasuklah penamaan calon, kempen oleh para calon secara sihat, poster dan manifesto calon bertanding diwar-warkan dan proses pengundian yang sama seperti Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.
Pada program itu, Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu Mahadi Mat telah menyampaikan taklimat proses pengundian yang dilakukan semasa pilihan raya diadakan.
“Program Amalan Demokrasi Berpalimen, Simulasi Pilihan Raya ini wajar diadakan di sekolah-sekolah khususnya bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai proses sebenar pengundian di Malaysia diadakan,” kata Nur Izzati Ayuni Ghani, 18.
Program kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Marang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu turut dihadiri oleh Pengetua SMK Tun Telanai, Aini Mustaffa.
-ZS-