
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Selain gerai menjual buah-buahan segar, gerai yang menjual ‘buah potong’ sentiasa mempunyai pelanggan tersendiri.
Marina Ismail, 46 berasal dari Kampung Titu Teras yang mewarisi Gerai Rojak Warisan Saerah menyatakan ‘buah potong’ ini sentiasa mendapat perhatian pelanggan.
“Selain ‘buah potong’ seperti nanas, tembikai, kedondong, sengkuang dan manga, rojak buah dan juga ‘namplawan’ (kuah rojak) turut mendapat permintaan yang tinggi,” ujar beliau ketika ditemui di gerainya, di sini hari ini.
“Setiap hari bekerja saya mula berniaga bermula pukul 11.30 pagi sehingga awal petang,” katanya.
Beliau yang mewarisi perniagaan ini sudah berniaga sejak beberapa tahun lalu, terkenal dengan rojak buah dan namplawan.
-ZS-