Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

‘Hihang Hoheng’ Panas Juadah Petang Menyelerakan

By 10 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 10 Nov (Malaysiaaktif) – Pisang goreng panas ketika dimakan sambil bercakap akan berbunyi ‘hihang hoheng hanas’ iaitu suatu jenaka bagi pisang goreng yang sedang tular di media sosial.

Kudapan pisang goreng ini sesuai disediakan pada waktu pagi mahupun petang ketika bersantai bersama keluarga dan juga rakan-rakan.

Pisang goreng pernah yang suatu ketika dijual dengan pelbagai versi tular seperti pisang goreng keju, pisang goreng coklat, pisang goreng oreo dan pelbagai lagi.

Namun kini, makanan versi tular sebegitu hanya sementara dan akhirnya rasa asli yang terus dicari.

Nursyafiqah Norizan, 22, tinggal di Kampung Tanjung Gorah yang mewarisi Gerai Pisang Goreng Repoh, berkata pisang goreng asli masih mempunya ramai pelanggan.

“Selain pisang goreng, ada juga ubi keledek goreng dan karipap goreng turut dijual. Alhamdulillah, setiap hari 10 kilogram pisang Abu terjual,” ujarnya semlama yang telah mewarisi perniagaan selama 20 tahun milik neneknya.

Seorang lagi pengusaha yang ditemui, Mas Ilya Suzana Othman, 37, berkata pisang jenis awak adalah paling mudah untuk digoreng.

“Di gerai saya, setiap hari sebanyak 30 kilogram pisang terjual selain ada menjual ubi keledek dan cucur pisang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda