
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Jackson
RAWANG, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat memaklumkan tiada pemindahahan penduduk susulan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Rawang Jaya pada Rabu lalu.
Katanya, kejadian dilaporkan berlaku susulan hujan lebat pada pukul 8.00 malam.
“Cerun yang runtuh dianggarkan setinggi 25 meter membabitkan tanah persendirian.
“Namun Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan mengeluarkan peruntukan RM100,000 bagi kerja kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, keadaan pergerakan tanah akan dipantau dari semasa ke semasa menggunakan peralatan khas dibekalkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak.
“Bagi penyelesaian jangka panjang, unit bencana PDT Gombak akan berbincang secara teliti dengan pemilik tanah terlibat.
“Setakat semalam (Jumaat), tiada rumah penduduk alami keretakan dan masih selamat untuk didiami,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau meninjau lokasi kejadian pada Jumaat bersama Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abd Aziz dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen serta wakil agensi kerajaan.
-ZS-