Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Muzium Sebagai Lambang Jati Diri Negara

By 4 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 4 Nov (Malaysiaaktif) – “Peranan muzium  harus bergerak seiring dengan kemajuan dunia teknologi maklumat agar tidak ketinggalan dengan kehendak masyarakat semasa”.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai bertitah demikian semasa perasmian Majlis Program CITRA NUSA @ MUZIUM KOTA KAYANG 2023 Anjuran Jabatan Muzium Malaysia di Muzium Kota Kayang Kangar, hari ini.

“Muzium boleh menerokai pameran secara Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR), Three Dimension (3D), Artificial Intelligent (AI) dan pelbagai lagi aplikasi yang mampu menarik perhatian generasi muda untuk ke muzium.

“Pada dasarnya muzium berfungsi sebagai tempat menyimpan, memelihara dan memulihara koleksi artifak yang mempunyai nilai sejarah, seni dan budaya negara,” titah baginda.

Muzium bukan sahaja mampu memelihara dan memulihara khazanah warisan negara malahan mampu mendidik masyarakat untuk mengenali dan menghayati sejarah peradaban budaya pelbagai kaum di negara ini serta memupuk persefahaman dan perpaduan kaum.

Turut berangkat hadir Tuanku Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof.

Program Citra Nusa @ Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis bermula dari 3 hingga 5 November anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Negara  menyasarkan seramai 20 ribu orang pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda