Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jelajah Belia Johor @ Pontian Platform Suara Golongan Belia

By 16 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Majlis Belia Negeri Johor

PONTIAN, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Belia Johor @ Pontian yang diadakan di Dewan Jubli Intan Pontian, semalam bertujuan untuk menjadi platform bagi golongan belia menyuarakan pendapat mereka tentang pembentukan serta pembangunan modal insan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah, menyeru agar golongan belia di Johor membabitkan diri mereka dalam persatuan agar dapat membentuk mereka menjadi pemimpin serta mempelajari bagaimana untuk mengurus sesuatu organisasi melalui persatuan.

“Saya juga mengharapkan program ini juga dapat memberi ilmu pengetahuan khususnya mengenai sejarah Negeri Johor melalui pameran yang diadakan agar mereka mengenali sejarah asal usul negeri ini,” katanya.

Program tersebut diadakan dengan kerjasama antara Majlis Belia Negeri Johor dan Bahagian Sukan, Belia dan Sukarelawan Kerajaan Negeri Johor.

Turut hadir Presiden Majlis Belia Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Tanjung Surat Aznan Tamin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Sukan, Belia dan Sukarelawan Datuk Haji On Jabbar@Jaafar dan Pegawai Daerah Pontian Haji Zainal Eran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda