
Laporan/foto: Muhammad Naim (JEMPOL)
JEMPOL, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 3,000 pengunjung hadir menyaksikan Kejohanan Perlumbaan Motocross Daerah Jempol yang berlangsung dua hari dari Sabtu lalu diadakan di Litar Motocross Ayer Hitam Jempol, di sini.
Perlumbaan motosikal lasak ini juga disertai pelumba-pelumba dari negeri yang lain selain Negeri Sembilan seperti Melaka dan Pahang.
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) YM Raja Norazli Raja Nordin salah satu matlamat kejohanan adalah memberi peluang kepada pelumba-pelumba di Negeri Sembilan khususnya untuk menunjukkan bakat di litar yang telah disediakan pihak MPJL.
“Pasa masa yang sama ini adalah salah satu tarikan baru kepada sektor pelancongan di daerah Jempol yang dikenali sebagai hab permotoran lasak.
“Ia juga memberi pendedahan dan peluang kepada pelumba cilik untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam perlumbaan kali ini,” katanya, di sini semalam.
Antara kategori yang dipertandingkan kejohanan adalah 13 Kejohanan, Open MX dan Endurance.
Menurut Raja Norazli lagi perlumbaan motosikal lasak ini harus diteruskan dan bukan secara bermusim tetapi secara berterusan.
“Ia merupakan platform untuk menyerlahkan potensi diri dan melahirkan banyak pengerak sukan di Negeri Sembilan ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Haji Mustapha Nagoor, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Lui Mohd Razi Ali dan Pegawai Daerah Jempol Nawal Mohamed Amin.
-ZS-