Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Transformasi Kampung Silam, JaPen Sabah Penuhi Selera Orang Kampung

By 6 November 2023November 7th, 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nuzuluddin Abdul Razak (Sabah)

LAHAD DATU, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Jika disingkap sejarah 10 tahun yang lalu, Kampung Silam, Lahad Datu telah melalui transformasi yang luar biasa dari segi sosio-ekonomi dan pembangunan infrastrukturnya.

Kampung yang berusia lebih satu abad yang dulu bergantung kepada industri perikanan dan kelapa sawit itu kini berkembang maju dengan kepelbagaian budaya, ekonomi dan kemudahan asas.

Ketua kampung Abdul Kassim Immumbandai, berkata landskap kampung yang lebih kondusif memudahkan program melibatkan komuniti dan di samping memberi pendedahan berkenaan program pembangunan kerajaan.

“Kami sangat berbesar hati dan berbangga dengan kehadiran pihak Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah di sini, yang akan mempromosikan kebudayaan dan aktiviti komuniti di yang kebanyakkannya melibatkan belia.

“JaPen juga boleh memberitahu kepada penduduk apa program yang sedang dilaksanakan kerajaan untuk rakyat dalam masa sama membantu ekonomi penduduk dengan adanya gerai-gerai sepanjang program,” katanya di sini kelmarin.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Silam, Ibrahim Julkabra kehadiran JaPen Sabah di kampung tersebut akan memberi galakan kepada lebih 1,500 penduduk di sana untuk kekal aktif dalam menyahut apa sahaja seruan kerajaan.

“Informasi yang disampaikan dengan santai dan sesuai dengan selera orang kampung berupaya menarik minat penduduk untuk ambil tahu dan peka dengan program-program kerajaan,” ujarnya.

Terdahulu JaPen Sabah berjaya menganjurkan Konsert Showcase Infiesta PENTARAMA siri terakhir tahun 2023 di Kampung Silam Lahad Datu, di sini pada Sabtu.

Selain memasarkan maklumat melalui persembahan PENTARAMA, konsert tersebut turut menjadi medium perpaduan dan sumber pendapatan penjaja melalui Pertandingan Tarian Igal-Igal, pembukaan tapak gerai dan pameran agensi kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda