Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Nasib Komuniti India Terjaga dan Terbela

By 4 November 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan/Rosli Mamat PEDI (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Menjelang sambutan Deepavali minggu hadapan, lebih 400 keluarga India di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Pantai menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, garam, tepung serta makanan kering.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

“Seramai 400 warga PPR Lembah Pantai hadir untuk menerima sumbangan dan sumbangan ini juga akan ditingkatkan kepada 1,000 keluarga komuniti India di sekitar Lembah Pantai.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan dan memberi kegembiraan kepada warga Lembah Pantai dan saya juga akan pastikan komuniti termasuk nasib komuniti India di Lembah Pantai terjaga dan terbela terutama dari aspek kesihatan,” kata Fahmi.

Sumbangan tersebut merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam memberikan kegembiraan kepada golongan kurang berkemampuan selain meringankan beban ketika menghadapi musim perayaan ini.

Fahmi juga menasihatkan semua agar semak harga barangan melalui aplikasi Price Catcher sebelum membuat sesuatu pembelian ketika musim perayaan ini.

Penerima sumbangan Puan Saroja Velayutham, 62, dan Velan Ponnusamy, 34, turut menyatakan perasaan gembira dan berterima kasih di atas pemberian sumbangan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda