Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Peserta dari New Zealand dan Australia Unggul di Hari Kedua

By 4 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Peserta lelaki dari New Zealand diumumkan sebagai pemenang di hari kedua Pahang Ocean Paddle International Challenge Championship, di sini hari ini.

Kent Jenkinson dari New Zealand menewaskan saingannya Australia dan Malaysia telah mencatat masa yang baik iaitu 1 jam 11 minit dan 07 saat untuk menamatkan dayungan sejauh 14 kilometer.

Manakala bagi kategori wanita antarabangsa pula Peige Wood dari Australia mendapat tempat pertama dengan catatan 1 jam 21 minit 34 saat.

Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkifli, berkata pemilihan Pantai Lagenda buat kali kedua dalam kalendar kejohanan mendayung telah memperkenalkan kepada dunia yang Pekan mempunyai lokasi yang mampu menarik pelancong terutamanya peminat dalam sukan mendayung.

“Saya amat berharap agar Pekan terutamanya Pantai Lagenda ini dipilih sebagai lokasi kekal dalam kejohanan ini pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Pahang Ocean Paddle International Challenge Championship bermula 3 November di Pantai Hiburan, Rompin dan akan berakhir esok di Teluk Cempedak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda