Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Penempatan Haram Atas Tanah MUIS Mula Dirobohkan

By 24 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 500 buah rumah yang didirikan tanpa kebenaran di atas tanah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berkeluasan 34 ekar di Kampung Gersik mula dirobohkan semalam.

Menurut Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS Putera Aliif Al’ain Jasni, proses perobohan akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Operasi dibahagikan kepada tiga zon, hari ini kita tumpukan kepada zon dua dan zon tiga terlebih dahulu dan kami sasarkan untuk merobohkan 45 buah rumah.

“Penduduk di kawasan tersebut sudah diberi tempoh enam bulan sejak notis dikeluarkan 22 Mei lalu bagi memberi ruang dan masa untuk melaksanakan pemindahan dan pemulangan tanah milik MUIS tersebut,” katanya yang ditemui semasa operasi tersebut.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi itu adalah  Perbadanan Labuan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd., Jabatan Bekalan Air Labuan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Penerangan Labuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda