
Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)
REMBAU, 3 Nov (MalaysiaAktif) – Seramai lebih 100 orang penduduk daerah Rembau hadir menyertai perhimpunan secara aman Solidariti Palestin bertempat di perkarangan tempat letak kereta Dewan Agora bagi menunjukkan sokongan dan juga meratapi nasib penduduk di Palestin.
Menurut salah seorang peserta Danish Hakim Mohd Azmi, 20, perhimpunan seperti ini merupakan satu perkara yang positif untuk memberi peringatan kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa memperingati kesusahan yang menimpa saudara seagama kita.
“Kita seharusnya melahirkan rasa simpati kepada penduduk Palestin kerana kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis. Kita bersolidariti bukan sahaja berkaitan agama bahkan juga berkaitan kemanusiaan,” ujarnya.
Perhimpunan anjuran Kelab Belia Legasi Anak Rembau dimulai dengan upacara bacaan selawat dan doa serta diakhiri dengan perarakan di sekitar Pekan Rembau.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong Datuk Haji Zaifulbahri Haji Idris.
-ZS-