Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

KPDN KL Anjur Jualan Rahmah Perdana Esok

By 3 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDN KL) akan menganjurkan Jualan Rahmah Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama dua hari di Stadium Kuala Lumpur, Cheras bermula esok.

Menurut Pengarah KPDN Kuala Lumpur Ariffin Samsudin, bersempena sambutan perayaan Deepavali yang disambut dalam seminggu lagi, barangan keperluan asas akan dijual pada harga lebih rendah dalam skala yang besar melibatkan enam pasar raya.

Antaranya, Aeon Big, Giant, NSK, KK Mart, Mydin dan Hero Market.

“Program Jualan Rahmah Perdana ini akan menawarkan barangan asas seperti ayam, beras, minyak masak, telur ayam, bihun dan sardin dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran setempat yang didiskaunkan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda