Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

13,089 Warga Batu Pahat Mengemas Kini PADU

By 23 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari/Ahmad Nur Zahidi Mairop (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 379,000 orang penduduk daerah Batu Pahat berumur 18 tahun ke atas layak mendaftar serta mengemas kini maklumat melalui sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurut Pegawai Daerah Batu Pahat Zainor Adani, sejak 2 hingga 15 Januari lalu seramai 13,089 warga Batu Pahat telah mendaftar dan mengemas kini maklumat sistem PADU.

“Wujudnya sistem PADU ini juga dapat merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat bahkan mampu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan,” ujarnya, di sini Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Johor Mazreha Ya’akub, berkata PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.

“DOSM juga mendapat kerjasama erat daripada Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat dan turut membantu membuat hebahan, antaranya menerusi hebahan bergerak atau ‘Info on Wheels’,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda