Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

23 Laluan Ditutup, Dilencong Sempena Perarakan Pedati Thaipusam 2024

By 23 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)/Polis Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak 23 laluan dan jalan sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencong sempena Sambutan Thaipusam yang akan disambut pada Khamis ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, penutupan dan lencongan jalan itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai pukul 9.00 malam hari ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati yang akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman Temple di Jalan Tun H.S. Lee.

“Perarakan pedati ini akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee pada Selasa malam dan akan berakhir pada 24 Januari pada pukul 4.00 petang di Kuil Sri Subramaniar Temple Batu Caves, Selangor.

“Manakala perarakan balik akan bermula pukul 3.00 petang pada Jumaat ini, 26 Januari melalui laluan yang sama,” kata beliau ketika sidang media di Balai Polis Tun H.S. Lee, di sini semalam.

Jalan yang terlibat antaranya Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Ipoh Lama (Bt. Lima), Jalan Ipoh (KL), Menuju Bulatan Batu Caves (Jalan Salah dari MRR2), susur dari MRR2 dan Batu Caves.

Orang ramai terutamanya pengguna jalan raya dinasihatkan agar mengelakkan daripada menggunakan jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan dan lencongan tersebut serta mematuhi arahan pihak polis bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda