
Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin
(Seberang Perai Selatan)
SUNGAI BAKAP, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Kaunter Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) yang diselaraskan oleh Jabatan Perangkaan Negeri Pulau Pinang bersama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan mendapat sambutan komuniti setempat.
Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir mendaftar sambil membeli barang keperluan harian sempena Program Jualan Rahmah (PJR) yang disediakan oleh Pejabat Parlimen Nibong Tebal.
PJR dan kaunter PADU dibuka kepada orang ramai bermula pukul 9.00 pagi dengan pelbagai barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain dijual dengan harga berpatutan.
Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek
turun padang memeriahkan program.
Menurut beliau PJR seperti ini sentiasa diadakan bagi membantu golongan rakyat mendapatkan barang keperluan dengan harga yang berpatutan.
“Kerajaan amat perihatin dengan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat dan pelbagai usaha dilakukan bagi membantu rakyat,” katanya, di sini semalam.
Beliau juga menyeru orang ramai untuk segera mendaftar PADU bagi mengelakkan keciciran dalam menerima bantuan atau subsidi yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan nanti.
-ZS-