Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lebih 2,000 Pek Makanan Diagihkan Sempena Sambutan Thaipusam

By 26 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Zatul Iffah Wahab (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 2,000 pek makanan disediakan khusus kepada penganut-penganut agama Hindu yang meraikan sambutan hari Thaipusam oleh Pusat Khidmat Rakyat Sungai Petani bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang dan Pusat Khidmat ADUN Sidam di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di sini semalam.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Taufiq Johari, pemberian makanan ini diharap dapat memupuk semangat perpaduan sesama masyarakat majmuk di samping saling menghormati hak mengamalkan kepercayaan masing-masing.

“Program sebegini juga adalah bertujuan menunjukkan kebersamaan saya sebagai Ahli Parlimen yang sentiasa bersama rakyat,” ujarnya.

Turut serta dalam agihan makanan ini adalah ADUN Bakar Arang Adam Loh Wei Chai dan ADUN Sidam Bau Wong Bau Ek yang turut sama menyantuni penganut-penganut agama hindu di sini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda