
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Program Jualan Agro Madani yang diadakan di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini memberi manfaat kepada masyarakat terutama kepada golongan B40 dalam mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga lebih murah berbanding pasaran.
Menurut Pengusaha ayam kampung Muhammad Indar Azmi, Jualan Aro Madani memberikan ruang terus kepada pengusaha sepertinya untuk menjual hasil produk secara terus kepada pengguna.
“Pada hari ini, jualan ayam kampung saya sebanyak 10 ekor sahaja, kerana jarang permintaan atas ayam kampung ini,” ujarnya.
Seorang pengunjung, Azizah Othman, 53 dari Kampung Kota Keran, berkata jualan secara terus daripada pengusaha kepada pembeli membantu para pengusaha untuk mendapat keuntungan tanpa melalui orang ketiga atau orang tengah.
“Jualan Agro Madani seperti ini akan memastikan kesegaran produk seperti daging, ayam, cili, sayur-sayuran yang dibeli oleh pengguna,” katanya.
-ZS-