
Laporan/foto: Nur Farhana Azman/Ismael Idris
JASIN, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Masjid Baru telah membuka kaunter pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Melaka semalam.
Menurut Pengurus PEDi Nurul Fahiera Abdul Karim, 26, kaunter ini telah beroperasi bermula pada 5 Januari lalu dan sehingga kini telah mencatatkan seramai 214 orang yang mendaftar melibatkan penduduk di sekitar kawasan kampung ini.
“Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengajak semua masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas untuk membuat pendaftaran PADU sekali gus tiada golongan yang tercicir oleh kerajaan dalam menyalurkan bantuan yang akan datang.
“Saya berharap semua masyarakat yang masih lagi belum membuat pendaftaran boleh berkunjung ke PEDi yang berhampiran untuk menyahut seruan kerajaan ini demi memudahkan kita dalam menerima bantuan kelak,” ujarnya.
-ZS-