Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

TVET Penggerak Industri dan Penyumbang Ekonomi Negara

By 18 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

DURIAN TUNGGAL, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan MADANI memberi penekanan serius dalam usaha mengembangkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar dapat menjadi penggerak industri dan penyumbang ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata industri cara lama yang menggunakan tenaga buruh dijangka akan hilang dan akan digantikan dengan industri baru yang lebih canggih.

“Lebih-lebih lagi dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI), maka kita harus menerobos keluar dari zon selesa dan menyahut cabaran Revolusi Industri (IR 4.0) serta era pendigitalan yang menuntut generasi muda untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran baru bagi bersaing di peringkat global,” katanya.

Dr. Ahmad Zahid berkata demikian di Majlis TVET Place and Train UTEM@KPT yang menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) di antara pihak universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan pihak industri, di sini Selasa lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda