Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

Peluncuran PADU – Bantu Selaraskan Data Negara

By 2 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Zaidy Salim/JAPEN/BERNAMA
PUTRAJAYA, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan inisiatif Kerajaan yang sangat baik untuk menghubungkan data dalam satu sistem yang bersepadu dengan menggabungkan kesemua maklumat dari jabatan dan agensi Kerajaan dalam satu sistem yang sama.
Pangkalan Data Utama (PADU) akan memastikan setiap individu yang benar-benar layak, tidak akan tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial daripada kerajaan.
Perkara ini ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa melancarkan sistem tersebut hari ini di Putrajaya International Convention Center (PICC).
β€œHari ini kita meluncurkan satu pendekatan sistem yang baru, yang sangat penting, ianya bukan soal menjamin saluran subsidi itu sampai, tetapi ia menunjukkan keupayaan kita dan penyertaan masyarakat keseluruhannya,” katanya semasa ucapan perasmian.
PADU merupakan sistem yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar.
Pengemaskinian maklumat PADU kini dibuka sehingga 31 Mac ini, kepada semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas.
-ZS-

Tinggalkan komen anda