Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penjawat Awam Perlu Sentiasa Positif Menangani Masalah Masyarakat Pelbagai Latar Belakang

By 22 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd Syafiq Mydin Shah

SUNGAI PETANI, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Haji Norizan Khazali menyeru setiap penjawat awam untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam diri masing-masing sewaktu melaksanakan tugas.

“Nilai positif yang diterapkan dalam diri ini sudah pastinya dapat membantu dalam mengatasi segala cabaran dan ujian yang kunjung tiba terutamanya bagi penjawat-penjawat awam yang bertugas di jabatan-jabatan yang sering berhadapan dengan pelbagai masalah serta karenah daripada masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum serta agama.

“Apabila penjawat awam dapat menerapkan nilai-nilai positif ini dalam diri, sudah pastinya mereka akan lebih bersedia dari segi mental dan fizikal dalam membantu menyelesaikan serta merungkai permasalahan yang timbul sewaktu menjalankan tugas.

Norizan berkata demikian di Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah di Dewan Kenangan Sultan Abdul Hamid, Majlis Perbandaran Sungai Petani, di sini semalam.

Majlis tersebut menghimpunkan lebih 1,000 orang penjawat awam negeri dan persekutuan yang berkhidmat di Kedah Darul Aman.

“Saya juga berharap agar penjawat awam dapat melaksanakan tugas dengan penuh tekun, berintegriti dan memastikan setiap rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Ini boleh dilakukan dengan menjadikan organisasi kita sebagai organisasi berprestasi tinggi. Ianya dapat dilakukan dengan menerokai pelbagai inisiatif termasuk melakukan transformasi dalam perkhidmatan,” katanya.

Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr. Adnan Mat dan Pengerusi CUEPACS Negeri Kedah Jamani Jamaludin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda