
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 4 Jan (Malaysiaaktif) ā Pendedahan awal terhadap kewujudan gangguan seksual dalam kalangan pelajar-pelajar perlu dimulakan di peringkat sekolah lagi.
Ketua Polis Perlis DCP Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata gejala serangan seksual ini terdapatĀ dalam pelbagai bentukĀ seperti perbuatan, komunikasi serta ia berlaku di dalam pelbagai peringkat umur dan juga melibatkan kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pusat tahfiz dan institutĀ pengajian tinggi di negeri ini.
āMenurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 2,015 jenayah seksual telah dilaporkan berlaku di negeri Perlis bagi tempoh 2019 hingga hujung tahun 2023.
āDaripada jumlah tersebut 110 kes melibatkan kes rogol dan 57 kes daripada jumlah tersebut melibatkan murid sekolah rendah dan menengah, 73 kes pulaĀ melibatkan kesalahan seksual kepada kanak-kanak ,17 kes sumbang mahram dan liwat melibatkan 15 kes,ā katanya.
Muhammad berkata demikian ketika merasmikan program Ceramah Kempen Kesedaran Jenayah Seksual Dalam Kalangan Murid anjuran PDRM Perlis dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, di sini semalam.
Katanya lagi, programĀ bertujuan memberi kesedaranĀ kepada orang ramai dan pelajar terutamanya gejala serangan seksual yang sedang meningkat dan cara-cara untuk menghindari dan mencegahnya.
āKempen ini akan diteruskanĀ lagi di beberapa tempat di negeri Perlis dan pihak polis berharap dengan adanya kempenĀ seperti ini gejala serangan seksual ini dapat dihentikan terusĀ pada masa akan datang,” katanya.
Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Hamidi Md Saad, Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Perlis, Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan 200 pelajar sekolah tersebut.
-ZS-