Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pentingnya Kesedaran Tentang Jenayah Seksual di Peringkat Pelajar Sekolah

By 4 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 4 Jan (Malaysiaaktif) ā€“ Pendedahan awal terhadap kewujudan gangguan seksual dalam kalangan pelajar-pelajar perlu dimulakan di peringkat sekolah lagi.

Ketua Polis Perlis DCP Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata gejala serangan seksual ini terdapatĀ  dalam pelbagai bentukĀ seperti perbuatan, komunikasi serta ia berlaku di dalam pelbagai peringkat umur dan juga melibatkan kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pusat tahfiz dan institutĀ pengajian tinggi di negeri ini.

ā€œMenurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 2,015 jenayah seksual telah dilaporkan berlaku di negeri Perlis bagi tempoh 2019 hingga hujung tahun 2023.

ā€œDaripada jumlah tersebut 110 kes melibatkan kes rogol dan 57 kes daripada jumlah tersebut melibatkan murid sekolah rendah dan menengah, 73 kes pulaĀ  melibatkan kesalahan seksual kepada kanak-kanak ,17 kes sumbang mahram dan liwat melibatkan 15 kes,ā€ katanya.

Muhammad berkata demikian ketika merasmikan program Ceramah Kempen Kesedaran Jenayah Seksual Dalam Kalangan Murid anjuran PDRM Perlis dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, di sini semalam.

Katanya lagi, programĀ bertujuan memberi kesedaranĀ kepada orang ramai dan pelajar terutamanya gejala serangan seksual yang sedang meningkat dan cara-cara untuk menghindari dan mencegahnya.

ā€œKempen ini akan diteruskanĀ lagi di beberapa tempat di negeri Perlis dan pihak polis berharap dengan adanya kempenĀ seperti ini gejala serangan seksual ini dapat dihentikan terusĀ pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Hamidi Md Saad, Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Perlis, Pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan 200 pelajar sekolah tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda