Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Perbanyak Kaunter Fizikal PADU, Mudahkan Warga Kuala Terenganu

By 23 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Ekoran daripada sambutan yang menggalakkan, Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Terengganu mengambil pendekatan dengan memperbanyak kaunter fizikal sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sekitar Kuala Terengganu.

Antaranya, kaunter fizikal di Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR), perkarangan Masjid At Taqwa Durian Burung yang telah dibuka bermula 19 Januari lalu dan beroperasi sehingga 27 Januari.

Pembantu Perangkaan Razali Majid, berkata perkhidmatan kaunter fizikal di PINTAR ini memudahkan urusan penduduk setempat untuk mendaftar sistem PADU.

“Pada hari cuti hujung minggu, peserta kursus haji dan umrah serta jemaah yang hadir ke masjid untuk solat Jumaat turut mengambil peluang ini untuk mendaftar PADU.

“Selain itu, hebahan bersama oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu dan DOSM antara pendekatan yang digunakan bagi menguar-uarkan pembukaan kaunter PADU di PINTAR kepada masyarakat setempat,” ujarnya, di sini semalam

Warga emas dari Kampung Paloh Marzuki Ali, 81, dan Hayati Abd Majid, 55, dari Kampung Banggol Donas memilih untuk mendaftar PADU di kaunter fizikal kerana cara ini lebih mudah dan pada masa yang sama dibantu oleh petugas-petugas sepanjang proses mengemas kini maklumat dilakukan.

Mereka turut melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada petugas-petugas yang terlibat khususnya dalam memberi khidmat yang mesra pelanggan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda