
PMR UTC Johor Galleria @ Kotaraya Jadi Tumpuan Daftar PADU
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal
JOHOR BAHRU, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Kawasan tempat letak kenderaan yang mudah di samping terdapat pelbagai agensi kerajaan serta menyediakan pelbagai kemudahan menjadikan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) UTC Johor Galleria @ Kotaraya tumpuan pengunjung untuk membuat pendaftaran sistem PADU selama dua hari yang berakhir semalam.
Tinjauan Malaysia Aktif mendapati pengunjung yang datang telah menunggu sejak pukul 9.00 pagi untuk membuat pendaftaran secara bersemuka bersama kakitangan Jabatan Perangkaan Negeri Johor.
Seorang pengunjung Nur Syahira Mohd Yusof, 30, berkata kemudahan komputer yang disediakan di PMR tersebut sangat membantu memudahkan urusan pendaftaran di samping boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Pegawai Perangkaan yang bertugas.
“Selepas selesai urusan di Jabatan Imigresen Malaysia di sini, saya terus ke PMR ini bagi membuat pendaftaran PADU dan tidak perlu ke pejabat Jabatan Perangkaan Negeri Johor yang jauhnya lebih kurang dua kilometer dari sini,” katanya semalam.
Sehingga pukul 11:59 malam tadi, Selangor menjadi negeri tertinggi pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berjumlah 243,851 diikuti Sarawak sebanyak 137,036 dan Johor 128,193.
-ZS-