Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

DOSM Membantu dan Mempermudahkan Pendaftaran PADU

By 18 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki (Tampin)

TAMPIN, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Kehadiran Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Sembilan ke daerah ini membantu dan mempermudahkan rakyat dalam urusan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Dua kaunter fizikal telah dibuka di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Tampin yang bermula pada hari ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada masyarakat setempat untuk urusan pengemaskinian maklumat dalam sistem tersebut.

Silver Raja P. Vellayan, 73, berkata kehadiran pegawai daripada DOSM sangat membantu dan mempermudahkan urusan beliau dalam mengisi dan mengemas kini maklumat.

“Kehadiran mereka ini juga membantu saya yang sudah berusia ini dalam memahami fungsi dan kepentingan mengisi maklumat di dalam sistem PADU,” katanya.

Menurut Pengurus PEDi Pekan Tampin Nurul Syarfazraida Ibrahim, kaunter fizikal ini akan dibuka sehingga 24 Januari ini.

“Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk melakukan pendaftaran serta mengemas kini maklumat di dalam sistem PADU,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda