Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pusat Komuniti Desa Layang-Layang Sedia Bantu Pendaftaran PADU

By 29 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norsaedah Haron/Abassalimi Mohammad (Kluang)

KLUANG, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Penduduk sekitar Layang-Layang, Simpang Renggam kini boleh melaksanakan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Layang-Layang, di sini semalam.

Menurut Pengurus PKD Layang-Layang, Aminah Beran pendaftaran PADU di PKD Layang-Layang ini dibuka dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Daerah Kluang.

“Di sini kami menyediakan lokasi dan peralatan, manakala petugas daripada DOSM sendiri yang akan membantu orang ramai mengisi maklumat diri mereka.

“DOSM juga akan membuka kaunter pada setiap hari Ahad sekiranya masih ramai yang memerlukan khidmat mengisi data, namun tarikh adalah bergantung kepada pihak DOSM,” ujar beliau lagi.

Salah seorang pengunjung PKD Layang-Layang, Rogayah Siman, 69, berkata pelaksanaan pendaftaran yang dilakukan secara bersemuka ini memudahkan warga emas untuk mengisi borang pendaftaran PADU.

“Kaedah macam ini memudahkan golongan warga emas seperti kami lebih-lebih lagi yang mempunyai anak-anak yang tinggal berjauhan,” katanya.

Kaunter PADU yang dibuka pada semalam mensasarkan pendaftaran seramai 50 orang yang namun bergantung kepada sambutan daripada orang ramai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda