
Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lance Dunstan (Sarawak)
KUCHING 30 Jan (Malaysiaaktif) – Mantan Yang Dipertua Dewan Negara Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, 78, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan, di sini semalam.
Ia adalah merupakan lantikan pertama beliau ke jawatan tersebut setelah menerima watikah perlantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 26 Januari lalu menggantikan Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Istiadat angkat sumpah telah berlangsung di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan-Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Prof. Dr. Sim Kui Hian serta Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
-ZS-