Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

1,150 Calon Duduki Peperiksaan Bertulis SPM 2023 di Labuan

By 30 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 1,150 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di pulau itu bermula hari ini hingga 7 Mac.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Abidin Marjan calon-calon tersebut terdiri daripada 1,082 orang calon sekolah, 68 calon kolej vokasional, sekolah swasta dan persendirian.

“Calon-calon ini menduduki peperiksaan SPM di 13 pusat di sekolah, satu pusat untuk persendirian dan satu pusat di Hospital Labuan manakala 98 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan,” katanya semasa ditemui media semasa membuat tinjauan di salah satu sekolah menengah di sini pagi tadi.

Beliau turut berharap para calon bersedia dari aspek mental dan fizikal agar menjalani peperiksaan dengan baik serta mendapat keputusan cemerlang untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pada tahun 2022 Labuan mendapat indeks Gred Purata Negeri (GPN) 4.56 dan tahun ini kita menyasarkan untuk mencapai 4.50 selain menyasarkan sekitar 98 ke 99 peratus calon layak mendapat sijil,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda