Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Wake & Hike’ Santai Bersama DO@Gunung Baling

By 17 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Gunung Baling yang tersergam indah semalam riuh-rendah dengan kehadiran 150 peserta dalam Program ‘Wake & Hike’ Santai Bersama DO@Gunung Baling 2024.

Peserta yang melakukan pendakian Gunung Baling merupakan ketua-ketua dan wakil daripada jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah Baling, Majlis Daerah Baling, Ibu Pejabat Polis Daerah, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Daerah, pendaki perseorangan serta 12 malim gunung bertauliah.

Pegawai Daerah Baling,Abdul Gafar Yahya, dalam ucapannya, berkata pogram dilaksanakan bagi memberi kesempatan kepada Ketua-ketua Jabatan merasai pengalaman mendaki Gunung Baling yang terkenal sebagai produk pelancongan utama di daerah Baling.

“Ini juga sebagai satu kaedah dalam memperkenalkan produk pelancongan Gunung Baling di mana ketua-ketua jabatan mampu memasarkan maklumat berkenaan produk pelancongan ini kepada orang ramai dengan pengalaman pendakian yang telah dirasai sendiri oleh mereka,” ujarnya sebelum sesi pendakian bermula.

-ZS-

Tinggalkan komen anda