Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Agama Asas Pegangan, Perlembagaan Negara Dijulang

By 17 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Faezah Ahamad (Kota Setar)

ANAK BUKIT, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkesempatan bertemu dengan 200 orang Ketua Jabatan dalam Majlis Perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Kedah bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Dalam Negeri (KDN) Anak Bukit, di sini kelmarin.

Memulakan ucapan dengan merujuk kepada bait penulisan seorang sarjana tersohor Allahyarham Prof. Dr. Kamal Hasan, iaitu dalam sesebuah negara amatlah penting pemimpin dan rakyat kembali kepada asas iaitu pegangan agama yang kukuh.

“Ianya juga seiring dengan bait lagu Lagu Perkhidmatan Awam iaitu ‘Agama Asas Pegangan, Perlembagaan Dijulang’.

“Agama itu ada tiga cabang iaitu akidah, syariat dan akhlak,’ katanya.

Katanya lagi, sebagai penjawat awam sewajarnya memahami sedalamnya tanggungjawab dan tugasan yang diamanahkan.

Dalam program ini juga diadakan sesi dialog di mana tetamu yang memerlukan maklumat yang lebih jelas dapat mngemukakan soalan kepada ahli-ahli panel yang hadir.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Dr. Anesee Ibrahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda