
Laporan/foto: Irina Abd Samad
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Perubahan teknologi pada masa kini, telah membawa satu gelombang digital kepada gaya hidup masyarakat. Kemajuan teknologi ini sebagai contoh Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence, Internet of Things (IoT), Big Data Analytics (BDA) dan sebagainya telah membawa landskap sosiobudaya ekonomi baharu.
Perubahan ini boleh membawa kebaikan bagaimana cara menilai perubahan teknologi yang seiring dengan Pelan Strategik Pendigitilan Sektor Awam.
Ketua Polis Daerah IPD Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin, berkata pada 2 Januari yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan satu sistem digital selamat dan komprehensif iaitu Pangkalan Data Utama (PADU) yang merupakan sistem pengumpulan data yang membantu kerajaan dalam memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat seperti subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.
“Saya menyeru kepada semua warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras supaya mendaftar sistem PADU bagi menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan sistem sosial agar tidak berlaku keciciran dalam menerima bantuan bagi mengelak berlakunya kesenjangan sosial ekonomi dalam masyarakat,” katanya di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Sijil Penghargaan serta Pemakaian Pangkat PRP Koperal Ke Sarjan di IPD Cheras, di sini hari ini.
Tambah beliau, sebagai seorang Pegawai Polis kita perlu cakna kepada perubahan undang-undang kerana terdapat beberapa peraturan atau pindaan undang-undang baharu yang mana meninggalkan satu kesan kepada penugasan PDRM agar dapat meningkatkan mutu penguatkuasan dan penyiasatan dilandasan yang terbaik selaras dengan undang-undang terkini.
Turut disampaikan Sijil Penghargaan kepada rakan-rakan media atas usaha agensi media negeri mempromosikan aktiviti serta berita yang sahih kepada masyarakat.
-ZS-