Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pulau Pinang Komited Pelihara Kelestarian Alam, Tanam 1 Juta Anak Pokok

By 23 Januari 2024Januari 24th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Sufian Md Rashid/Shamsul Bahari Abdul Syukor (Timur Laut)

GEORGETOWN, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif berani menganjurkan  Program Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari sempena sambutan Hari Bumi pada 22 April depan.

Program dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak di Anjung Seri Mutiara, Jalan Utama, di sini semalam dijangka akan menerima pengiktirafan Malaysian Book of Records.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Seri Sr Haji Rozali Haji Mohamud, pelaksanaan program ini menjadi ajen perubahan yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi selain penggunaan teknologi.

“Justeru ianya memerlukan anjakan paradigma iaitu perubahan budaya meminta daripada kerajaan kepada budaya sama-sama memikul tanggungjawab.1 juta pokok yang ditanam ini apabila matang, iaitu selepas lima tahun berupaya menyerap 40,000 ton CO2e setahun,” katanya.

“Kombinasi manfaat yang akan dicapai daripada program ini iaitu melindungi dan mengembalikan ekosistem semula jadi, membawa kehijauan kepada komuniti, kelestarian alam sekitar, sosial dan ekonomi adalah erti kabajikan yang diperluaskan kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan,” katanya.

Turut hadir isteri kepada Yang Dipertua Negeri Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan negeri dan persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda