
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 100 ‘bikers’ hadir memderma darah dalam program anjuran Kelab Permotoran Eagle Bikers Malaysia Johor bagi membantu pihak hospital menampung stok bekalan darah yang semakin berkurangan.
Pengerusi Kelab Permotoran Eagle Bikers Malaysia Johor Saravanan Jagathisan, berkata program dengan kerjasama Komuniti MADANI Mukim Pulai ini juga mampu memupuk semangat perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama.
“Selain itu penganjuran kempen derma darah amal ini sebagai peluang kepada ahli kelab untuk membantu pesakit yang memerlukan bantuan darah ketika ini,” katanya.
Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat, berkata penganjuran program seperti ini perlu diteruskan bagi memastikan penglibatan ahli kelab permotoran ini sentiasa aktif dan diterima baik oleh masyarakat.
“Program ini memberikan impak yang sangat positif dan aktiviti kemasyarakatan seperti sumbangan amal mendapat sambutan yang turut melibatkan sukarelawan Komuniti Madani sebagai agen penggerak dalam komuniti setempat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kempen Derma Darah dan Tendangan Penalti, di Dewan Hassan Abdullah, Tampoi, di sini semalam.
Turut hadir Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling Loo Nick Kee dan Penghulu Mukim Pulai Zainuddin Zainal Abidin.
-ZS-