Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Tabika KEMAS Tempat Mengenal Diri dan Potensi Anak-Anak

By 5 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus

LABUAN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Tabika KEMAS menyediakan tempat untuk anak-anak mengenal diri mereka, mengembangkan karakter positif dalam diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri.

Menurut Timbalan Pengerusi  Perbadanan Labuan Simsudin Sidek, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengguna pakai Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) yang bertujuan mengukur kualiti prasekolah yang meliputi kualiti guru dan pembantu guru, kualiti tadbir urus, kualiti kurikulum, Kualiti Interaksi Prasekolah – Ibu Bapa/Penjaga dan kualiti kesihatan pemakanan dan keselamatan.

“Di samping itu, instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) juga diguna pakai bagi mentaksir perkembangan kanak-kanak berdasarkan kepada tunjang seperti Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian Sikap dan nilai, Tunjang Ketrampilan Diri, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Kemanusiaan dan yang terakhir Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika.

“Instrumen yang seterusnya ialah Instrumen Kesediaan Ke tahun Satu (IKMTS) yang bertujuan untuk menilai kesediaan kanak-kanak ke tahun satu selain memperkenalkan Modul Saringan Pengukuhan dan Pengayaan (MSPP) yang berfungsi untuk menyaring tahap penguasaan literasi dan numerasi (LINUS) kanak-kanak tabika KEMAS yang berumur enam tahun sahaja,” katanya semasa merasmikan Hari Apresiasi Tabika KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan Sesi 2023/2024, di sini semalam.

Beliau turut menyeru para ibu bapa memainkan peranan membantu pihak tabika untuk membentuk modal insan yang terbaik dalam kalangan kanak-kanak.

“Penglibatan ibu bapa di Tabika adalah penting agar ibu bapa dapat bersama memahami perkembangan anak-anak dan seterusnya mengetahui sejauh mana perkembangan anak-anak mereka di tabika,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda