Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Majlis Apresiasi Serlah Bakat dan Kecemerlangan Murid

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Amielia Zulkifli (Kerian)

PARIT BUNTAR, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 184 murid dari 10 buah Tabika Perpaduan Daerah Kerian dirai setelah berjaya menamatkan pengajian di Peringkat Tabika dalam satu Majlis Apresiasi di Dewan Merdeka, di sini pada Isnin.

Menurut Setiausaha Majlis Daerah Kerian Norhafisah Mohamad, majlis ini menjadi simbolik kepada murid-murid yang telah menamatkan sesi pembelajaran selama setahun selain merai dan mengiktiraf mereka yang cemerlang.

“Selain cemerlang dalam bidang akademik, murid juga dapat mencungkil bakat terpendam melalui persembahan kebudayaan dan nyanyian, tridrama, kepetahan berucap dan bercerita dalam Bahasa Melayu dan Inggeris di hadapan khalayak ramai.

“Majlis ini bukan saja memberi motivasi, perangsang dan ingatan kepada murid untuk lebih berjaya pada masa hadapan bahkan dapat menonjolkan potensi dan keyakinan diri apabila berada di atas pentas,” katanya ketika berucap.

Turut berlangsung penyampaian anugerah Kelas Tabika Perpaduan Cemerlang yang dimenangi oleh Tabika Perpaduan Pekan Parit Buntar dengan pungutan markah tertinggi di Negeri Perak pada tahun 2023 iaitu sebanyak 96 peratus.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Perak Mohd Zaizulman Zainal Abidin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda