Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#PADU: Perpustakaan Desa Oran Mudahkan #SkuadJelajah DOSM Perlis

By 16 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Kaunter pendaftaran dan pengemaskinian sistem Pangkalan Data Utama (PADU) Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Perlis di Perpustakaan Desa Oran yang berakhir semalam mendapat sambutan daripada masyarakat.

Pembukaan kaunter fizikal yang beroperasi selama 10 jam itu telah berjaya mendaftar seramai 115 penduduk kampung.

Pengerusi JPKKP Kg Mata Ayer Wan Rosmiza Wan Choh, 42, berkata sambutan positif masyarakat membuktikan keyakinan kepada sistem PADU ini.

“Atas sambutan yang menggalakkan ini, saya akan usahakan untuk meminta DOSM Perlis agar membuka kaunter fizikal di Perpustakaan Desa ini lagi,” katanya.

Menurut Pembantu Pustakawan Zatur-Adawiyah Md Zain@Ismail Perpustakaan Desa Oran yang terletak di kawasan tumpuan awam memudahkan penduduk untuk hadir mendaftar.

“Pembukaan kaunter fizikal sebegini sangat membantu penduduk yang tidak mampu bergerak jauh.

“Tambahan pula fasiliti di kawasan ini seperti tempat letak kereta dan mempunyai penghawa dingin yang memberi keselesaan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda