Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Berkhatan Beramai-ramai Hilang Rasa Gemuruh

By 16 Februari 2024Februari 20th, 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 16  Feb (Malaysiaaktif) – Musim cuti persekolahan dan cuti Tahun Baru Cina dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk menyertai Program Berkhatan Perdana anjuran Pejabat  Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau,  Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah dan  Majlis Daerah Tanah Merah di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah, kelmarin.

Penganjur Lukfi Ibrahim, 46, berkata seramai 160 orang kanak-kanak telah menyertai program ini dengan ditemani ibu bapa dan keluarga masing-masing.

“Bayaran yang dikenakan hanya RM40 seorang dan kanak-kanak diberi makan pulut kuning sebelum berkhatan.

“Saya lihat kanak-kanak gembira dan tidak takut untuk berkhatan, mungkin disebabkan ramai yang menyertai malah mereka dapat bermain air, mandi dari semburan air bomba,” katanya.

Sementara bapa peserta, Mohd Faizal Mustapha, 40, bersama isteri dari Kampung Bukit Panau, berkata mereka membawa tiga orang anak untuk berkhatan.

“Saya bersama isteri membawa tiga orang anak lelaki untuk berkhatan.

“Dengan cara ini menghilangkan rasa gementar, takut dan gemuruh disebabkan ramai yang berkhatan,” katanya di samping anak yang bongsunya Muhammad Fitrah Aminuddin, 5.

Pendapat ini di sokong isterinya, Norashilla Kamaruddin, 41, yang sentiasa berada di samping anak-anaknya.

“Harap-harap semua anak-anak saya tidak ada masalah dan ceria selalu, kalau tidak, letih saya memujuk dan merayu,” katanya.

Bagi adik Muhammad Fitrah Aminuddin Faizal, 5, apabila ditanya takut atau sakit berkhatan, beliau hanya mengeleng-gelengkan kepala diam, mungkin masih trauma atau terkejut apa yang terjadi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau Datuk Abdul Fattah Mahmood.

-ZS-

Tinggalkan komen anda