Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUO Kekal Cemerlang: Pelajar, Pensyarah Rangkul Dua Anugerah eUSAHAWAN MDEC 2023

By 21 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/PUO

IPOH, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Politeknik Ungku Omar (PUO) terus melakar kecemerlangan apabila pelajar dan pensyarahnya merangkul anugerah sempena Majlis eUsahawan dan Gig Appreciation Night 2024 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), semalam.

PUO dalam satu kenyataan, berkata pelajar tersebut Lee Hsien Wang merupakan pelajar semester enam Diploma Pengajian Perniagaan berjaya merangkul Anugerah Pencapaian Tertinggi eUsahawan (High Achiever Award) 2023.

“Turut membanggakan adalah pensyarah dari Jabatan Perdagangan PUO, Azilah Ismail yang memperoleh tempat ketiga bagi Anugerah eUsahawan Best TVET Lecturer bagi tahun 2023,” jelas kenyataan tersebut.

PUO turut memaklumkan pihaknya amat berbesar hati dengan penganugerahan ini dan akan kekal komited dalam menyediakan tenaga pakar berkemahiran bagi melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) yang berkualiti dan berciri usahawan serta mampu memberi sumbangan kepada kemampanan ekonomi negara.

Untuk makluman, penganugerahan ini bertujuan menghargai dan mengiktiraf pemegang taruh dan para pensyarah dalam program eUsahawan dan Global Online Workforce (GLOW) sepanjang tahun 2022/2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda