Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Saudara Baru dan Orang Bukan Islam Dirai dalam Program CSR TES Bersama PERKIM Dungun

By 2 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis penyampaian sumbangan oleh Technical Service (TES) Petronas Gas Berhad dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Dungun dan Jawatankuasa Masjid Sura berlangsung di Masjid Sura, di sini semalam.

“Program in bertujuan membantu mereka yang kurang berkemampuan daripada kalangan saudara baru dan orang bukan Islam yang daif dan ianya bukan kali pertama diadakan.

“Bagi kami warga kerja TES GPU mengambil inisiatif mengumpul dana daripada kalangan kakitangan bagi memupuk sifat suka menderma kerana tidak akan berkurang harta sekiranya kita menderma,” ujar wakil TES PGB Zaleha Zainuddin semasa berucap.

Seramai 30 golongan saudara baru dan dalam kalangan orang bukan Islam menerima sumbangan tersebut.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan cenderamata telah disampaikan oleh Pengurus Besar Technical Service (TES) Petronas Gas Berhad (PGB) Abdul Fatah Abu Mansor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda